Pages

Tuesday, January 21, 2014

My Engagement Day

First of all, nak cerita pasal my engagement day sebelum I mula update pasal persiapan perkahwinan.

Majlis tunang I simple je. Buat hari Khamis (sebab tak payah berebut parking dengan jiran) di rumah dihadiri oleh saudara terdekat. Belah lelaki pun datang sikit je dalam 10 orang.

Tak jemput jiran-jiran atau kawan-kawan mostly sebab utama adalah I nak berbalik ke tujuan asal, bertunang. Actually bertunang ni kan melibatkan family je dalam majlis yang kecil. Buat makan-makan untuk tetamu, dah siap. Tak payah bazir buat besar-besar ada doorgift khemah segala.

No offense to those who actually did that, or might want to do that, but this is my opinion. And I have no money since I baru start kerja seminggu sebelum tunang tu. Dan, suka hati awak lah kalau nak buat majlis macam mana pun, depends on your own budget :)

Baju ni I buat untuk raya 2006, rasanya. Baru pakai dua kali. Nasib baik masih muat and in good condition! Tudung dengan inner, kakak I punya. Hair pin tu I modified supaya boleh lekat kat tudung, kakak I punya jugak. Rantai, arwah mak I punya.

Bunga kat tangan tu, I amik dari hantaran belah lelaki, just for the sake of this picture! Hahahaha.. Semua recycle! Jimat dari segala segi.


Make up pulak, at first I nak make up sendiri. Lepas tu sepupu I volunteer nak make up kan I. Terharu sebab dia sanggup datang and make up walaupun dia geram I taknak cabut kening yang bersepah ni.

Gaya tudung, sepupu I lagi sorang gayakan. Rasa macam princess. Hihi.

Touch up
Sebelah tu sepupu yang gayakan tudung

Hantaran, kakak I yang buatkan. Terharu lagi. Dia yang belikan semua barang, buat semua hiasan. I nak tolong tapi dia kata dia segan orang tengok dia buat kerja.



Hantaran semua based on makanan and sirih. Belah sana pun sama, dengan sangkar cincin. Cantik! Tapi tak sempat nak ambil gambar :(

Ok dah tu je la kot. Till then!

No comments: