Pages

Thursday, March 6, 2014

Shopping at Nilai 3!

UPDATED! (With pictures, of course)

First time pergi Nilai 3! Serius! Mungkin pernah pergi masa kecik dulu tapi ni yang betul-betul ingat lah. Pergi dengan kakak and sepupu I yang sangat rajin survey. Mereka adalah orang yang terbaik terbagus untuk bawa pergi shopping.

Penat dia, masyaAllah.... Tapi I pergi weekday (Khamis) so tak ramai orang and boleh bawa kereta to every shops. Minta lah cuti kalau kerja. Kalau pergi weekend, teruk juga tu kena jalan kaki sesak-sesak ramai orang tu, park jauh-jauh eee tak kuasa I. Those who have went to Nilai 3 on weekends before, you'll know what I mean. Plus, pekedai pun tak malas sangat nak layan. Kalau kita mintak apa-apa dia akan cari untuk kita walaupun kedai tu nak tutup dah.

These are the shops that I went to. Mungkin ada yang terlepas lupa nak ambil gambar kedai tapi kalau you all pergi on weekdays, banyak sangat masa nak explore every shops dan bandingkan harga.

LOVE Aksesori Pengantin

Nak pergi kedai ni, masuk simpang yang ada signboard kedai "ThankQ", terus je. Dia dua kedai lepas ThankQ tu kot. Masa I pergi ni mungkin dia baru bukak sebab dia pakai banner ni je, takde signboard kedai. Tapi MURAH sangat!!!

Kat sini, I beli riben dengan dulang hantaran bulat putih. Kedai lain ada jual dulang sama macam I beli tapi plastik dia lembik dan RM2 lebih mahal. Kat kedai ni, dulang putih tu kaki dia panjang sikit, kualiti plastik dia bagus, keras lagi dari yang lain dan RM5.50* je! Riben tu RM2.90*. Kalau nak dulang petak dengan pattern yang sama pun ada. Dulang besi dia pun murah juga.

Kalau nak clearer image, boleh request hehe

Pasaraya Aksesori Perkahwinan LIA

Kedai ni memang I taktau celah mana tapi kakak I kata belakang sekali. Kitorang memang drive sampai belakang sekali then masuk balik simpang mana entah. Ahahaha. Depan kedai ni memang takde kedai apa. Cari je lah belakang-belakang tu ye.. Kedai ni BESAR sangat! Bunga dia banyak!

Kat sini I beli bunga untuk hantaran, clear box untuk doorgift VIP dengan candy pouch untuk budak-budak. Rambang mata nak pilih bunga. Murah pun murah (kakak I kata la sebab I tak pernah beli bunga tipu). Lepas tu dia ada jual emas celup macam cincin, gelang, rantai. Kalau nak beli bekas doorgfit macam kotak ke, beg ke, cari lah kat sini. Murah, pelbagai pilihan dan warna. Pekerja dia pun bagus.


Ni 1/4 kedai. Betapa besarnya kedai dia. Dan bunga dia banyak, kan?! Hahahahaha. Harga around RM7.90 - RM10*.

Putih RM7.90. Kuning RM10.

Box door gift VIP
Harga box door gift

Bagus Setempat Sdn Bhd

Lastly, pergi kedai ni. Memang bagus! Dia ada dua kedai kat situ kalau tak silap. Kitorang masuk dua-dua kedai sekali hahaha.

Kat kedai ni kakak I beli manik nak buat tasbih untuk VIP (dan untuk OLS), I beli twirl glass jar untuk doorgift. YA ALLAH MEMANG MURAH TAK TIPU Y'OLS!!!

Manik tu diorang pack dalam kuantiti yang banyak sebab nak habiskan stock, sepeket RM10*! Kat Petaling Street ke, Kenanga Wholesale ke, mana nak dapat harga macam tu dik non!

Semua ni RM10 sepeket

Twirl glass jar tu pun murahhh! Satu unit 85sen, kalau beli more than 195 unit, dapat 65sen*. Woahhhh. Murah kan kan kan?! I dah survey segala macam kedai, memang jar kat kedai ni paling murah. Plus pekerja dia bagus. I pergi tu dia nak tutup dah. I nak beli 400 unit and dia kata stok dia habis. Diorang sanggup pergi kedai lagi satu untuk ambil stok. Terharu betul masa tu.

Lagi satu design macam pineapple
tapi I tak ambil yang tu

Atas penutup dah ada "Terima Kasih"
So kalau taknak bubuh "Thank You" tags pun takpe

Bunga kat sini pun murah (sangat!) tapi tak banyak pilihan macam kat kedai Lia. Kalau malas nak rambang mata, pergi je kedai ni. Dia punya hiasan bunga yang meghelip meghelap tu pun jauh lebih murah dari kedai lain.

RM4.90* je
PERGI KEDAI NI PLEASE!! Hahahaha!!

So, habis beli semua ni tak sampai RM400 pun. Bagus pergi Nilai 3 ni tapi bear in mind, terus buat list apa nak beli, survey puas-puas and buy it right away! Untuk yang dekat dengan Nilai tu takpe lah. Yang jauh-jauh ni better pergi sekali je. Ye lah dengan minyak dan tol lagi kan..

Yang paling penting, pergi weekdays. Sebab harga diorang memang murah, selesa nak survey, pekerja pun ramah dan tak malas. Kalau tak percaya, you all pergi lah weekend tengok macam mana rupa Nilai 3 tu..

Selamat bershopping my fellow B2Bs! Apa2 nak tanya, komen je tau. Nanti I approve dan reply. Kalau tak buat macam tu nanti taktau ada orang komen ke tak hihi.. Good luck!

P/S: Curtain pun muraaaahhhhhh!!!!

*Harga per unit








Lari tajuk sikit. ada satu kedai ni I tak ingat kedai apa, diorang jual musical gift bag. Kalau ada siapa berminat tu cari lah ye. Hihihi.



No comments: