Pages

Thursday, July 10, 2014

Bunga dada/rosette guna kain felt.

Sementara takde kerja ni I nak siapkan semua DIY, kalau boleh. So, I dah buat 12 keping bunga dada. Jom tutorial! Kalau malas nak baca, rujuk video kat bawah sekali, okay?


Macam biasa, bahan-bahan:
1) Kain felt
2) Gunting
3) Pensel (baru tahu kalau guna crayon lagi senang tapi I takde krayon)
4) Benda bulat
5) Jarum dan benang
6) Button
7) Tiada dalam gambar sebab tak beli lagi: Safety pin besar


Ambil benda bulat tu, tekap ke kain felt separuh je seperti di bawah.


Tekap separuh je tau macam ni:






Gunting pun separuh je. Jangan sampai habis.


Lepas tu yang kita dah gunting tu, lipat ke sebelah (tekap) dan gunting terus. Tak payah buang masa nak lukis-lukis lagi dah.


Ulang la tekap macam tu sampai dapat 5 kelopak. Kalau nak buat lebih atau kurang pun boleh tapi 5 kelopak ni paling lawa la sebab dia sama macam bunga real.


Lepas tu jahit jelujur kat bahagian straight line tu. Jahit jelujur kasar, betul-betul kasar punya.


Habis jahit sampai hujung, tarik benang tu. Jangan matikan lagi tau.


Gabungkan hujung dua kelopak tu, baru jahit dan matikan.


Lepas tu jahitkan button ke tengah tu, siap!


Tengok ada macam-macam saiz sebab duk tekap je semua hahaha. Kalau nak precise, ukur la elok2 dari benda bulat tu. Then dapat la saiz semua yang sama. Macam I, memang tak kisah. Lantak la situ. Heheh!


Kalau nak lagi clear dan macam mana nak bubuh pin kat belakang bunga tu, sila tonton video di bawah. Selamat menjahit!


No comments: