Pages

Wednesday, February 19, 2014

Kurangkan berat badan dengan segera

Mesti ramai yang gusar bila dah dekat dengan The Big Day, berat pulak naik, lemak terlebih-lebih, tak muat baju kahwin. Apa nak buat? Exercise. Tak sempat? Malas? Kalau nak extreme, cuba beberapa diet ni:

DETOX
Detox ni sesuai ambil seminggu dua kali. Kalau nak super duper extreme, sila ambil setiap hari tapi takde beza pun kalau masih mengunyah segala lemak. Selalunya minum ni dulu sebelum mula apa2 jenis diet.

Resepi paling senang, Lemonade Detox aka Master Cleanse. Kalau nak cuba Master Cleanse Diet, silakan. Tapi memang extreme, mind you.

2 sudu besar jus lemon atau lime (limau nipis)
2 sudu besar madu
1/10 sudu kecil cayenne pepper (serbuk cili merah yang paling pedas yang anda boleh jumpa)
1 1/2 cawan air (sejuk atau panas, ikut suka)

Campur semua, minum. Kalau nak minum hari-hari, buat je sekali banyak dalam botol, simpan dalam peti ais. Rasa dia masam manis, lama-lama ada pedas sikit dalam mulut. Lepas tu hilang. Lepas tu sakit perut nak membuang. Hahahaha..


LIQUID DIET

Kalau nak tau zat apa yang kurang, side effects semua, tanya Encik Google sebab I tak reti explain. Yang I tau, anda akan kekurangan proteins and carbs, mostly. I pernah buat tapi mixed it up dengan sedikit solid.

Basically, liquid diet originated dari detox diet, but not as extreme. Buat dalam 8-14 hari sebelum majlis, dan hari anda akan penuh dengan shakes dan air.

Untuk cukupkan zat, ambil kekacang yang low calories seperti cashew, almond and pistachio. Tapi jangan la makan yang ada salut garam segala tu. Bab karbohidrat, untuk diet ni memang kena stay 0 carbs.

Kalau rasa lapar sangat-sangat, snacking on fruits. Atau minum je air kosong. Kadang-kadang kita confuse sebenarnya kita lapar ke dahaga.

Pagi:
Smoothie/milkshakes/fresh fruit juice.
(Smoothie dengan milkshakes tu lebih kurang je)
Smoothie Recipes

Tengahari:
Sup ayam/daging/sayur.

Petang:
Snack on fruits/yogurt.

Malam(as early as 6pm):
Sama macam lunch.

ATKINS DIET
NO CARBS, NO CARBS, NO CARBS. Zero. Nada. Nu-uh. Then, you'll drop up to 5.5kg per week. Serious! Kawan I pernah buat, dan kurus gila. Tapi, kena makan banyak protein seperti daging merah, banyak sayur, dan BANYAK SENAMAN. I follow, boleh je tak makan nasi, roti apa semua tu. Tapi kena banyak senaman? Malas nyaaaaa.....

Read more:
Atkins, overview
Recipe

INCREASE EXERCISE ROUTINE
Girls (and boys), diet je tak cukup. Exercise pun perlu kalau nak hilangkan segala kulit yang gedebeh kat pinggang, lengan, peha. Sebab utama, kalau diet je tanpa work out, bahagian dada anda tu akan leper. Contoh, me. Sigh.

Learned from my own mistakes, now still in Atkins-tak-Atkins-sangat Diet, berjalan around 15 mins per day (sebab kereta park jauh dari office) dan jog setiap petang lepas balik kerja. Bangun pagi (kalau tak mamai), buat sit up.

Takde masa sangat-sangat? Cuba ni di tempat kerja: 7 Easy Stretch To Do At Work


Okay tu je tips untuk kurus murus sebelum majlis. Tapi lepas kahwin jangan stop exercise pulak. Rumah tangga, paras rupa, kena juga jaga untuk suami.

Browse link ni untuk diet plans yang lain kalau nak cuba.

Happy healthy slimming!

No comments: