Pages

Tuesday, February 18, 2014

Membawa anda ke tahap penjimatan tertinggi!

Nak berjimat tu senang. Tapi nak kecilkan budget untuk kahwin tu I tengok macam susah je untuk sesetengah B2B. Kalau taktau caranya, jom kita siasat perkara yang boleh buat budget burst dan macam mana nak kecilkan budget.

Photography
Nak hire professional photographer ni mahal sebenarnya. Yang mahal bukan upah dia, tapi kos nak print gambar, album, segala benda tu. Dan memang ramai yang over charge dan taknak ikut standard pricing yang kerajaan tetapkan (ya, ada standard pricing untuk semua bisnes di Malaysia sila buat kajian kalau tak percaya).

Cara-cara nak kecilkan budget kalau taknak keluarkan RM500 ke atas untuk photographer:
  • Minta tolong kawan-kawan atau sedara yang kreatif dalam bab mengambil gambar. Kalau takde DSLR, pakai kamera biasa pun boleh. Lepas tu edit kat photoshop. Again, kalau tak reti, minta tolong siapa-siapa yang pandai photoshop gambar. Print yang paling berkenan di kedai gambar, frame, settled. Bagi la upah kat kawan-kawan atau sedara tu ikut budi bicara masing-masing.
  • Sekarang ni hampir semua orang mampu guna handphone berkamera. Dan hampir semua orang suka ambil gambar lagi2 di majlis perkahwinan. Cakap kat diorang awal-awal atau include dalam bunting ke guest book ke banner ke kat majlis tu untuk include #NamaAndaDanPasangan bila post kat Instagram, Twitter dan Facebook. Lepas tu nanti korang search je. Dapat gambar from different sides of view. Kalau takde social sites semua tu, Whatsapp, WeChat atau email.
Gunakan segala teknologi yang ada sekarang sebagai kelebihan anda. Jangan jadi hamba teknologi semata-mata.

Music
Rasanya ramai yang sewa karaoke dan DJ untuk majlis resepsi, kan? Takpe, I paham. Sedara I semua suka karaoke. Memang meriah pun tapi hat yang suara kelaut tu memang tak tahan le teman. TAPI, makin lama makin mahal, kan? Personally, I memang tak suka orang karaoke kat majlis I nanti sebab takut yang sumbang-sumbang tu menyumbangkan majlis (hahahah sorry please jangan terasa!).

Nak jimat kat muzik tapi taknak majlis suram?
  • Plan I senang. Cari lagu-lagu cinta yang happy, classic and most definitely sweet, simpan dalam pendrive ke iPod or whatever you kids have this days, then nanti cucuk kat laptop, pasang ke speaker dewan. Kalau buat kat rumah, mungkin sewa speaker je lah. Pilihan lagu tu pulak jangan la yang putus cinta ke ada carut marut ke. Paling selamat, lagu kahwin. Dah. Habis cerita.
  • Kalau ada kawan-kawan atau sedara yang pandai main muzik, minta tolong (lagi? hahaha) mainkan lagu-lagu yang comel sweet segala tu. Upah ikut budi bicara.

Baju kahwin
Semua pengantin nak nampak cantik anggun bergaya dari orang lain di majlis sendiri. Tapi, adakah anda akan kekal anggun dengan dompet kempis? Zaman sekarang ni orang tak peduli dah kalau baju kahwin tu tak sarat dengan manik. Nak ke orang datang tegur "Eee cantiknya baju awak" rather than "Cantiknya wajah awak.... Naik sangat seri pengantin". I pilih orang suka tengok wajah berbanding baju atau aksesori.

Sewa, tempah, atau beli siap? I masih dalam proses berfikir.

Sewa:
Cons - Mahal, design sama (boring), sarat dengan manik (berat), panas, mesti kena alter.
Pros - Tak payah nak fikir lepas kahwin baju tu nak pakai pergi dinner mana.

Tempah:
Cons - Bertingkat-tingkat mahal, susah nak cari tukang jahit yang murah tapi bagus.
Pros - Terus ikut ukuran badan, ikut design yang kita nak.

Beli:
Cons - Susah nak jumpa yang betul-betul ikut ukuran badan yang kita selesa.
Pros - Kalau berusaha mencari, memang jumpa yang murah tapi cantik.

Ikut lah nak yang mana. Kalau terus ambil pakej, lagi jimat sebab dia terus include dengan aksesori, mekap, pelamin, katering, hiasan lah apa segala benda tu.

Bunga
Nasihat I satu je. TOLONG JANGAN MEMBAZIR KAT BUNGA. Bunga hidup ke plastik ke semua mahal. Tak payah nak beria buat centerpiece lah hiasan dewan lah apa lah. Banyak lagi cara lain yang anda boleh guna selain bunga. Kalau ada kesempatan, I post DIY hiasan bunga yang tak pakai bunga. Ataupun, Google je kalau nak tau sekarang. Hahaha..

Tak pakai bunga? Boleh ke? Jawapannya: BOLEH.
  • Untuk hiasan dewan, tanya katering, diorang buat sekali ke tak bunga semua. Kalau tak, tak payah susah payah buat centerpiece (melainkan korang nak buat majlis formal yang orang masuk, makan sekali ikut jadual). Sebabnya kalau orang duduk makan, takde nya nak perasan centerpiece ke apa benda ke. Hiasan dalam dewan? Tanya diri sendiri, perlu atau tidak. Kalau nak juga segala hiasan ni, cari contoh yang tak perlu pakai bunga. Banyak lagi idea yang jauh lebih menarik dan semestinya murah.
  • Hand bouquet ni try tanya mak andam atau orang yang provide baju anda. Kalau diorang charge mahal atau tak provide, buat sendiri. Ramai dah I tengok yang pandai buat guna brooch, manik, felt, kain satin. Ada yang buat pakai kertas lagi. Banyak sangat cara nak buat hand bouquet yang kosnya tak sampai RM20 pun.

Snacks buffet corner
Ada yang buat candy buffet, cupcakes buffet, teh tarik corner, aiskrim buffet, dan macam-macam lagi. Entertain tetamu itu perlu, tapi jangan la sampai kita pulak yang tak cukup duit nak makan lepas kahwin, ye dak? Melainkan kalau ada yang nak sponsor. Then, don't stand in the way! Let it happen! It's free! Hahaha.

Barang kemas tanda kahwin
Paham, perempuan ni mesti nak barang kemas yang besor, yang berkilau berkilat. Kalau bakal suami mampu, silakan. Kalau dia nak minum milo ais pun kena meminjam, kesian la kat dia. Lepas kahwin nanti mampu ke nak tanggung hutang piutang?

Berjimat dengan emas. Anda mampu tak?
  • Nak batal air sembahyang dengan cincin, gelang, rantai, subang? Pilih satu je, jangan tamak.
  • Pergi kedai yang tak ambil upah. Banyak dah kedai macam tu. Cari, jangan malas.
  • Jadikan mas kahwin sebagai emas. Maksudnya, suami anda memberi mas kahwin dalam bentuk emas (cincin, gelang, sebagainya tu lah).
Memang emas itu adalah perlaburan. Tapi lepas kahwin nanti, bila dah stabil, beli lah nak satu kilo emas pun, suka hati. Ingat, nak melangkah ke alam perkahwinan ni banyak halangannya. Jangan biarkan hari bahagia anda sebagai sebab untuk anda hidup bergelandangan.

Designer label
"OMG baju kahwin I ni dibuat khas untuk I dari designer terkenal London, you ols!" Ada mak mentua you kesah? Mak mentua tak kesah, dik non. Dia lagi hangin ada. Buat apa beli benda-benda branded yang pakai sekali je? Boleh jumpa design sama, harga jauh lagi murah kat Kenanga Wholesale, Petaling Street, Masjid Jamek, Jalan TAR. I cakap ni termasuk barang hantaran eh.

I memang tak segan nak cakap nanti barang hantaran I punya ke tunang I punya ke memang nak beli yang local atau tiruan je. Kecuali kasut. Sebab kalau tak selesa, kitorang mesti tak pakai. So buat apa beli kalau tak pakai, kan? Tapi mesti stay dalam budget. WAJIB.

Lagi satu, elakkan cari barang di kedai yang purpose dia jual barang kahwin. Selalunya benda yang ada label ni mahal. Contoh, kotak kecil biasa RM1 satu. Kotak kecil biasa nak buat door gift kahwin? RM5 satu please. Ini lah gunanya survey macam-macam jenis kedai.

DIY
Part ni memang I suka. DIY selagi boleh DIY. Sebab kalau buat sendiri, jimat sangat-sangat dah. Hampir semua benda boleh DIY. Get creative! Tak kreatif? BELAJAR!

Apa benda yang boleh DIY?
  • Hand bouquet.
  • Door gift (barang, beg, kotak, hiasan).
  • Hantaran.
  • Hiasan (dewan, meja, bilik pengantin, pelamin).
  • Veil, baju, kasut.
  • Boutonniere (bunga dada).
  • Guest book.
  • Kad kahwin.
  • BANYAK LAGI TAK LARAT NAK TAIP! Ahahahaha.
Tu je lah tips untuk penjimatan buat masa ni. Kalau ada lagi, I update.

Selamat menuju ke arah perkahwinan!

No comments: